Khusus untuk kaum wanita yang ingin berbekam dengan selesa dirumah anda kami sedia memenuhi hajat anda.
Sila hubungi Jurubekam
Nadiah_019-2362602
(Call, SMS & WhatsApp)
Nadiah_019-2362602
(Call, SMS & WhatsApp)
Apa itu Bekam? Bekam merupakan salah satu kaedah warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah SAW. Bekam merupakan istilah Melayu bererti perlepasan angin dalam badan atau perlepasan darah kotor dari badan.
Dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai 'Al-Hijamah' bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan mengunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.
Dalil-Dalil Dari Sunnah Qauliyyah
Dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai 'Al-Hijamah' bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan mengunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.
Dalil-Dalil Dari Sunnah Qauliyyah
Hadith Pertama:
Diriwayatkan dalam Shohih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)
Hadith Kedua:
Dari Jabir Bin Abdillah ra ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: “Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan ’kay’ ” (Shohih Bukhari)
Hadith Ketiga:
Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi: “Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan, kecuali mereka berkata, “Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!’ ” (Shohihul Jami’: 5671)
Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas’ud yang berkata: “Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan, ’Perintahkanlah ummatmu agar berbekam’ ”
Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau, “Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia” (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadith Kelima:
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)” (Shahih Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan kepada hadith-hadith di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah daripada Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW (orang yang dikunjungi wajib menghormati orang yang mengunjungi). Bekam adalah nasihat emas dari para malaikat yang berbakti kepada ''penghulu manusia'' pada malam yang diberkati. Adalah sangat tidak masuk akal sekiranya umat islam mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!
Imam Al-Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Taysirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr Yusuf Qardhawi pada hal. 235-236: “Al-Hijamah/Bekam adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajipan dari yang lain”.